Ya Allah ringankanlah diri kami untuk memperbanyakkan ibadah kami kepadaMu Ya Allah.
Ya Rahman Ya Rahim Engkau peliharalah kami dan lindungilah kami agar kami sentiasa dalam sihat sejahtera, aman bahagia selamanya.
Ya Allah kurniakanlah kami taufiq dan hidayah Mu agar kami sentiasa rajin berusaha untuk kecemerlangan di dunia serta tekun beribadah sebagai persediaan kami untuk akhirat. َ
Ya Allah kekalkanlah segala amalan kami ini secara berterusan dan anugerahkan kami dengan syurga firdaus Mu.
Ya Allah kami memohon bila kami terjaga diwaktu pagi terjagalah kami dalam fitrah Islam dan kalimah ikhlas dan dalam Islam agama Nabi kami Nabi Muhammad SAW.
Ya Allah janganlah kami disibukkan dengan hal- hal dunia hingga kami lalai mengerjakan ibadah harian kami.
Ya Allah kami bersyukur kerana telah diberi taufik dan hidayah dan kekuatan iman.
Ya Allah kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram, hiasilah hati kami dengan sifat syukur dan redha dengan apa yang kami ada pada hari ini dan sentiasa bersabar menghadapi segala ujian Mu.
Ya Allah makbulkanlah segala hajat kami dan Engkau maha mengetahui apa yang tersirat dalam hati kami.
Ya Allah kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati dan jadikanlah dengan. rezeki itu kami semakin dekat denganMu Ya Allah. َ
Ya Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah.
Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah. Bagi muslim di manapun Anda berada dzikir dan doa sejatinya kegiatan muslim dalam keseharian. Seperti amalan dzikir pagi, petang hingga malam.
Baca Juga: Coba Baca Setelah Sholat Subuh, Doa Ini Mustajab Jadi Pembuka Pintu Rezeki
Artikel ini telah tayang di TribunJabar.id dengan judul Keistimewaan Hari Rabu, Ada Waktu Mustajab untuk Berdoa antara Dhuhur dan Ashar, ini Bacaan Doanya
Source | : | tribunnews |
Penulis | : | Miya Dinata |
Editor | : | Miya Dinata |
Komentar